Langkah 2 · Tempah & bayar
Kelopak Baldu
Kad kahwin Premium dalam sarung baldu — kad gading di sebalik dua daun pintu baldu merah anggur yang pinggirnya dipotong laser berbentuk bunga peoni, dimeterai lilin emas bertera inisial pasangan, di dalam dewan tari istana yang megah — candelier kristal, tiang emas, tirai baldu merah dan hamparan mawar merah. Bila tetamu tekan meterai, ia pecah dua, kedua-dua daun pintu baldu terbuka ke sisi dan kad terserlah dengan kilauan emas. Di dalam, setiap bahagian dihampar baldu merah anggur bertabur bunga peoni emas, berbingkai gerbang klasik bergaris halus emas dan dihiasi jambangan bunga liar merah jambu, pic dan keemasan. Mewah, megah dan romantik.
Bayar sekali, tukar design bila-bila masa
Masih berbelah bahagi? Harga ini merangkumi 91 design: 45 design Premium dan 46 design Basic, pada harga yang sama atau lebih rendah. Selepas bayar, tukar ke mana-mana design itu melalui link urus kad anda, seberapa kerap yang anda mahu, tanpa caj. Butiran anda kekal.
Lihat design Premium →