Kad kahwin digital

Kad kahwin digital, siap dalam satu link

Jemputan, lokasi, RSVP dan ucapan tetamu, semua dalam satu link yang anda kongsi di WhatsApp. Pilih design, tempah dalam masa kurang seminit, dan isi butiran majlis bila-bila masa.

  • Dari RM39 · bayar sekali
  • Tetamu tanpa had
  • Edit tanpa had

Belum pasti? Lihat contoh design

Cuba dulu, percuma

Buat kad demo dengan nama anda sendiri

Pilih mana-mana design, masukkan nama dan tarikh anda, dan lihat hasilnya serta-merta. Tanpa bayar, tanpa daftar.

Cuba percuma

Apa yang ada dalam setiap kad kahwin digital kami

  • RSVP & jumlah pax

    Tetamu sahkan kehadiran dan bilangan orang. Senarai boleh dimuat turun (CSV).

  • Ucapan tetamu

    Doa dan ucapan terkumpul dalam satu ruangan, untuk semua tetamu baca.

  • Google Maps & Waze

    Satu tekan terus ke lokasi majlis, tanpa perlu salin alamat.

  • Akad nikah & resepsi

    Kedua-dua majlis dalam satu kad, dengan aturcara dan tema pakaian.

  • Kiraan detik & kalendar

    Tetamu boleh simpan tarikh majlis terus ke kalendar telefon.

  • Lagu latar

    Pilih dari senarai kami, atau guna lagu sendiri dari YouTube.

  • Hadiah wang

    Paparkan akaun bank untuk tetamu yang ingin memberi hadiah.

  • Nama tetamu pada kad

    Hantar link khas kepada setiap tetamu, dengan nama mereka pada kad.

  • Galeri gambar

    Kongsi gambar pra-perkahwinan atau gambar keluarga.

  • Bahasa Melayu & English

    Kad boleh dipaparkan dalam mana-mana satu bahasa.

Pakej Premium juga ada senarai hadiah Shopee & Lazada yang tetamu boleh tempah, emel kepada anda setiap kali tetamu RSVP, kiraan berapa kali kad dibuka, dan mod terima kasih selepas majlis.

Contoh design kad kahwin digital

Setiap design boleh dipratonton sepenuhnya dengan animasi sebenar sebelum anda bayar. Ini sebahagian daripada lebih 90 design kami.

Premium Motion

Kad dibuka dengan filem pendek, dengan nama dan tarikh anda di dalam video.

Lembah berlapis

Lukisan lembah yang tersusun lapis demi lapis apabila tetamu skrol.

Premium

Kulit kad beranimasi, dunia 3D, kotak dan sampul.

Basic

Design beranimasi yang lebih ringkas, dengan semua ciri asas sebuah kad kahwin.

Lihat semua design di katalog

Harga kad kahwin digital

Bayar sekali sahaja. Tiada yuran bulanan, dan tiada caj ikut bilangan tetamu.

  • Basic

    RM59RM39

    Semua ciri asas: RSVP, ucapan, lokasi, galeri dan lagu. RM49 untuk design E45–E76.

  • Premium

    RM89RM79

    Design Premium, senarai hadiah, emel setiap RSVP, kiraan pelawat dan mod terima kasih. RM89 untuk design P56 ke atas.

  • Lembah berlapis

    RM129

    Semua dalam Premium, dengan design lembah berlapis.

  • Premium Motion

    RM159

    Semua dalam Premium, dengan kad yang dibuka dengan filem pendek.

  • Tempahan custom

    RM169dari RM149

    Design khas untuk anda sahaja, kami siapkan semuanya. Tambah RM70 untuk video motion.

Cara tempah kad kahwin digital

  1. 01

    Pilih design

    Pratonton mana-mana design dengan animasi sebenar, dan cuba dengan nama anda sendiri.

  2. 02

    Tempah & bayar

    Isi nama, telefon dan emel, kemudian bayar dengan FPX atau kad. Kurang dari seminit.

  3. 03

    Isi butiran

    Masukkan tarikh, lokasi, gambar dan lagu melalui pautan urus anda. Edit bila-bila masa.

  4. 04

    Kongsi link

    Hantar link kad di WhatsApp, dan lihat RSVP serta ucapan tetamu masuk.

Apa itu kad kahwin digital?

Kad kahwin digital, atau e-kad kahwin, ialah kad jemputan dalam bentuk satu pautan (link). Anda kongsi pautan itu di WhatsApp, Instagram, Telegram atau Facebook, dan tetamu membukanya terus di telefon tanpa perlu muat turun apa-apa aplikasi.

Berbeza dengan gambar kad atau fail PDF, kad kahwin digital boleh dikemas kini. Tukar masa, betulkan ejaan nama atau tambah gambar selepas kad dikongsi, dan tetamu sentiasa nampak versi terkini. Tetamu juga boleh sahkan kehadiran (RSVP) dan tulis ucapan terus pada kad, jadi anda tak perlu kumpul jawapan satu per satu di WhatsApp.

Kad kahwin digital atau kad cetak?

Kad cetakKad kahwin digital
KosIkut bilangan kad: lebih ramai tetamu, lebih mahalBayar sekali, tetamu tanpa had
Masa siapBeberapa hari hingga minggu untuk cetak dan hantarSerta-merta selepas bayar
Ubah maklumatPerlu cetak semulaEdit bila-bila masa, tetamu nampak versi terkini
RSVPTanya tetamu satu per satuTerkumpul dalam satu senarai
LokasiAlamat bertulisGoogle Maps & Waze

Ramai pasangan guna kedua-duanya: kad cetak untuk saudara terdekat dan orang tua, dan kad digital untuk semua tetamu lain. Baca perbandingan penuh.

Soalan lazim tentang kad kahwin digital

Berapa lama kad kahwin digital siap?

Kad anda aktif sebaik sahaja bayaran diterima. Butiran majlis boleh diisi serta-merta atau kemudian, dan setiap perubahan terus kelihatan pada kad. Tempahan custom siap pada hari yang sama melalui WhatsApp; pakej dengan video motion mengambil sekurang-kurangnya 3 hari.

Tetamu perlu muat turun aplikasi?

Tidak. Kad dibuka terus di pelayar telefon, sama seperti membuka mana-mana laman web dari WhatsApp.

Boleh edit kad selepas dikongsi?

Boleh, tanpa had. Tarikh, masa, lokasi, gambar, lagu dan ayat jemputan boleh diubah melalui pautan urus anda, dan tetamu nampak versi terkini pada link yang sama.

Boleh tukar design selepas bayar?

Boleh, tanpa caj, ke mana-mana design dalam pakej yang sama atau pakej yang lebih rendah.

Berapa lama link kad aktif?

Tiada tarikh luput ditetapkan. Link yang sama boleh dibuka sebelum dan selepas majlis, dan pakej Premium boleh menukar kad kepada mod terima kasih selepas majlis.

Boleh letak akad nikah dan resepsi dalam satu kad?

Boleh. Akad nikah dan majlis resepsi dipaparkan dalam kad yang sama, setiap satu dengan tarikh, masa dan lokasi sendiri.

Bagaimana cara bayar? Selamat?

Bayaran melalui Stripe, dengan FPX (perbankan dalam talian) atau kad debit dan kredit. Kami tidak menyimpan maklumat kad anda.

Ada pilihan Bahasa Inggeris?

Ada. Setiap kad boleh dipaparkan dalam Bahasa Melayu atau English, dan ditukar bila-bila masa.

Kad Kahwin Digital Malaysia — Design, Harga & Cara Tempah | Undangan Kahwin