Tutorial
Cara buat kad kahwin digital
Empat langkah mudah, siap dalam beberapa minit. Cuba dulu di bawah — percuma, tak perlu bayar, tak perlu daftar.
- 01
Pilih design
Tengok katalog dan tekan mana-mana design untuk tengok kad penuh, siap dengan animasi. Semua design ada versi BM dan English.
- 02
Tempah & bayar
Isi nama, nombor telefon dan emel, kemudian bayar guna FPX atau kad. Lepas bayar, anda terus dapat link kad dan link untuk edit kad — simpan elok-elok.
- 03
Isi butiran
Buka link edit untuk isi nama, tarikh, tempat, gambar, lagu, aturcara, gaya monogram dan akaun hadiah. Tekan simpan dan kad terus berubah. Boleh ubah bila-bila masa.
- 04
Kongsi & pantau
Hantar satu link di WhatsApp, Instagram atau Threads. Tetamu buka terus di telefon, dan RSVP serta ucapan masuk sendiri ke kad anda.
Bayaran selamat melalui Stripe · FPX & kad
Cuba sendiri
Buat kad demo anda — percuma
Pilih design, isi butiran di bawah dan tengok kad terus berubah. Cuba seberapa banyak design yang anda nak sebelum tempah.
Ini cuma demo: ada cop DEMO, tak disimpan dan tak boleh dikongsi. Kad sebenar ada link sendiri untuk dikongsi, RSVP dan ucapan tetamu masuk terus, dan boleh edit bila-bila masa.
Suka?
Tempah kad sebenar, kemudian isi butiran yang sama. Nak tukar ke design lain pun boleh.
Soalan tentang demo
Kad demo ni kad sebenar ke?
Bukan. Ia untuk cuba-cuba sahaja: ada cop DEMO, tak disimpan di server kami dan tiada link untuk dikongsi. Butiran anda cuma ada dalam browser anda.
Boleh cuba design lain?
Boleh. Pilih mana-mana design di atas, butiran anda kekal bila tukar. Lepas tempah pun anda masih boleh tukar design.
Lepas tempah, kena isi semula ke?
Ya, isi sekali lagi dalam kad sebenar anda — caranya sama macam demo ni, dan boleh ubah bila-bila masa.
