Langkah 2 · Tempah & bayar
Banglo Selat
Kad Premium minimalis yang mewah, berinspirasikan banglo hitam-putih zaman kolonial Negeri-Negeri Selat — dinding kapur putih, kayu bercat hitam dan halaman rumput yang terjaga rapi. Bayang daun palma dan orkid bergerak lembut di atas kad. Sebaik kad dibuka, tetamu berjalan dalam dunia tiga dimensi — melalui gerbang serambi berkayu hitam, halaman demi halaman, dengan taman estet dan pokok hujan-hujan di kejauhan. Tenang, anggun dan tidak lekang dek zaman.
Bayar sekali, tukar design bila-bila masa
Masih berbelah bahagi? Harga ini merangkumi 91 design: 45 design Premium dan 46 design Basic, pada harga yang sama atau lebih rendah. Selepas bayar, tukar ke mana-mana design itu melalui link urus kad anda, seberapa kerap yang anda mahu, tanpa caj. Butiran anda kekal.
Lihat design Premium →